Jambatan Gemencheh semasa Pertempuran Malaya Gemas Baru

Jambatan Gemencheh (jarak sederhana) pada tahun 1945. Lebih dari 700 tentera Division Pengawal Imperial Jepun terbunuh di sini, dengan pasukan Australia kehilangan 8 orang dan mengalami 80 kematian.

Semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu ketika Perang Dunia II, jambatan Gemencheh berhampiran Gemas Baru merupakan tapak pertempuran sengit antara Divisyen Ke-5 (Tentera Imperial Jepun) Tentera Empayar Jepun dan Pasukan Imperial Australia (Australian Imperial Force-AIF) dari Batalion ke 2/30, Division ke-8. Pegawai Memerintah Pasukan adalah Leftenan Kolonel Frederick "Black Jack" Galleghan. Jambatan Gemencheh (Jambatan Sungai Kelamah) merupakan jambatan kayu merentasi Sungai Gemencheh yang menghubungkan Gemas dengan bandar Tampin bersebelahan. Pasukan Jepun telah melepasi Tampin dan perlu menyeberangi jambatan ini untuk mara ke Gemas.

Pada 14 Januari 1942, Kompeni "B" dari Batalion ke-2/30, melancarkan serangan hendap terhadap pasukan Jepun dengan harapan menghalang mereka dari terus maju ke selatan. Ketika tentera Jepun yang mara melepasi kawasan serangan hendap, jambatan itu diletupkan. Pertempuran selepas serangan hendap, dan pertempuran selanjutnya berhampiran Gemas, berlangsung selama dua hari. Ia berakhir dengan pasukan Australia berundur melalui Gemas ke Estet Fort Rose.

Empat hari kemudian, satu lagi pertembungan antara tentera Jepun dan Berikat berlaku berhampiran Parit Sulong semasa pertempuran Pertempuran Malaya. Pasukan Berikat, termasuk Batalion Australia 2/19th dan 2/29th, telah dikepong dan dikalahkan di situ.

Sebuah tugu peringatan bagi mengingati tentera Australia yang gugur telah didirikan berhampiran Jambatan Gemencheh yang telah dimusnahkan berhampiran dengan Laluan Persekutuan Malaysia 1.